OKEY ollsss...sekarang kita sambung ea..yang PUTUS ASA SIFAT TERKUTUK ...kan cik bee dah beritahu tadi nak sambung lepas makan..ini laa dia petua tuh..selamat mencuba okeys????
~PETUA MENGHINDARI PUTUS ASA~
P- PRASANGKA yang baik terhadap Allah di atas apa yang berlaku kerana apa jua sangkaan yang terbit di dalam hati dan fikiran kita itulah nanti yang akan menimpa kita.
U- USAHA adalah roh kehidupan. Manusia adalah sebagai hamba yang paling baik kejadian. Ditugaskan sebagai hamba yang hanya berusaha untuk melaksanakan perintah tersebut, bukan mengkritik atau mengeluh akan keputusan yang telah atau akan ditentukan. Buat sahaja apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah. Jangan merasa megah jika rasa Berjaya dan jangan merasa kalah jika gagal.InsyaAllah akan terhindar daripada penyakit putus asa.
T- TELAN sahaja apa yang datang. Sekiranya nasi telah menjadi bubur, janganlah dikesali, murung dn berputus asa. Ia tidak akan menjadi nasi atau padi. Telan sahaja jika tidak mahu rugi. Pasti mengeyangkan diri daripada dibiarkan menjadi basi. Bayangkan jika bubur pun Allah tidak mahu beri?
U- UNGGULKAN diri seperti tunggul mati adalah pegangan hidup insane sejati. Ramai manusia gagal bertahan tatkala gagal atau jatuh semata-mata disebabkan tidak tahan dicaci. Apabila dicaci lantas menganggap diri kena buli kerana tidak tahan, lalu patah hati. Tetapi percayakah sebenanarnya anda sedang diuji. Tabahlah!
S- SUKA menghadapi cabaran dan ujian. Suka berti tidak membenci/menolak peruntukan ujian yang telah disediakan untuk kita. Sesungguhnya jika jiwa kita telah dipenuhi dengan perasaan suka terhadap cabaran dan ujian akan terhindarlah rasa duka dan putus asa. InsyaAllah.
A-ADIL terhadap diri. Jika terlalu mendesak diri untuk melakukan sesuatu yang terlalu besar sehinggakan terkeluar daripada kemampuan diri. Anda perlu bersikap adil terhadap diri sendiri yang mempunyai kelemahan dan kelebihan yang terhad.
S-SAYANG pada diri sendiri supaya tidak berputus asa dengan mengamalkan sifat positif.
A-AKUI segala kesilapan. Kita sebagai manusia mempunyai pelbagai kelemahan dan terpaksa berhadapan pula dengan pelbagai cabaran sudah tentu mudah terheret ke lembah kesilapan.
3 comments:
amboi,pic pertama takleyh bla.. ahaha.. betol tu cik bee , jgn putus asa kan.. chaiyok3.. !!
hey2. nice post here.:)
putus asa tu sifat x baik & jadi kesukaan syaitan.. so tanamkan semangat yg kuat & terus berusaha ^^
da folo
Post a Comment