siKacaK daN siCantiK

Wednesday, February 16, 2011

putus asa sifat terkutuk

assalamualaikum...

baru tadi cik bee terbaca satu artikel mengenai putus asa...
urmmmm putus asa???apakah itu???

[resah marah alasan rugi sedih stress prasangka bodoh putus asa gelisah emosi gagal benci bimbang patah hati takut malu]

"Putus Asa terbentuk daripada dua perkataan iaitu PUTUS dan ASA yang bermaksud "PUTUS HARAPAN"



~ Firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud,
"Sesungguhnya tidak akan berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang-orang yang kafir" 
 Hamba yang berputus asa adalah orang yang telah memutuskan tali rahmat-Nya sehinggakan seseorang yang berputus asa itu dilambangkan sebagai orang yang tidak lagi berharap dan beriman kepadaNya.
So, janganlah kita sebagai hamba Allah berputus asa..Allah tidak menyukainya...kalau nak tahu tanda-tanda manusia yang mudah menjadi sifat putus asa ialah:>

  • suka mengeluh di atas perkara yang tidak diingini menimpa dirinya. 
  • resah dan gelisah ~ fikiran terganggu.
  • sentiasa mencari alasan2 sebagai kusyen jiwanya yang telah hilang ketenangan.
  • sentiasa mencari mangsa untuk dipersalahkan di atas kelemahannya sendiri.
  • mudah hilang keyakinan diri.
  • sentiasa diserang penyakit bimbang.
  • bergantung kepada manusia lain.
  • berpikiran negatif terhadap banyak perkara.
  • takut menghadapi risiko hidup dan lain-lain pekerjaan yang agak mencabar.
Haaaa....sape ade tanda2 di atas cepat2 lah cari rawatan yang perlu..tak kan nak biar jer,..kuman2 yang ade tuh perlu dibuang dengan segera..


kat sini jugak cik bee ade petua menghindari putus asa....(sumber dari artikel yang cik bee bace tadi)
tapi nanti sambung sebab cik bee lapar nak turun beli makanan jap...tata....nak tahu ape petuanya...tunggggguuuuuuu.... =)


Sumber : Majalah GREAT EVO, DIS 2008-JAN2009,ruangan motivasi oleh Tuan Syeikh Paiman Salleh

No comments: