siKacaK daN siCantiK

Thursday, September 4, 2014

HIJAB

Assalamualaikum..dan selamat selesai makan tengahari semua..
Alhamdulillah,cikbee dah kenyang dengan rezeki ALLAH kurniakan hari ini...
Ni lunch cikbee..hehehee


Mushroom chicken with rice


Selesai makan..cikbee jenguk laa whatsapp grup family kami..adik cikbee pun adelah bagi ayat promote untuk kita bukak hijab mata kita y terindah y dikurniaan ALLAH ni..hehhee
..ni die haaa...


bile klik je pada gamba putih tu konon2 nk bace la kan tulisan amende..bile kliknyer baru nampak sesungguhnya isi tulisannya itu INDAH sangat2..nak tahu tengok SILA SCROLL DOWN SAMPAI JUMPE..

X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
PERINGATAN YANG SAKIT JANTUNG, IBU MENGANDUNG, IBU PANTANG, LEMAH SEMANGAT JANGAN TENGOK YERK..( dah pesan awal2 ni..nanti jadi apa2 cikbee tak dipersalahkan..nak tengok jugak kena siap sedia)
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
x
x
x
x
xx






P/S : maaf yerk cikbee pun terkena jugakk...gelak tawa senda gurau disiang hari...heheheheehehe
senaman bibir...













SAMPAI TERLEBIH AWAL

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Hari cikbee ada satu celoteh nak dicelotehkan..hahha..gelak pulak kannn..apa tidaknya, selama 5bulan keje kat tempat baru ni hari ni (save the date) 4 Sept 2014, cikbee sampai opis terlebih awal nih..pintu opis pun tak bukak lagi. Orang yang pegang kunci opis pun xdtg lagi.

Okey, cmni,

cikbee turun dari rumah macam biasa lah dalam pukul 6.45pagi..kebiasaan time mcm ni jalan dah penuh dengan kereta dah..kalau cikbee xkai spek kanta cikbee nampak merahhh je kt depan. kua je simpang umah tuh dah nampak dah kaler merah menyala dijalan raya..haha..tapi pagi ni, nampak jugak merahnya tp jarang2 haa...mcm rongak2 gitu..hehehehe...yelah memang jalan CLEAR sngat...USJ sape xtau mmg Jammed woooo...cikbee naik Komuter dari subang jaya jam 7.15pg tak silap..atau lebih2 laa..smpai KL sentral dalam pukul 7.30lbh2..perghhhh..cikbee jalan terkedek2..kedekk...biarkan LRT ke Ampang Park y sampai jap ag pergi dulu..cikbee naik LRT dr KL sentral ke Ampang Park jam7.46pagi woiiiiiaiyakkkk gilerrr awall...

sampai di sini jam 8.15pagi..sampai opis xde sape lagi..cikbee lepak kedai makan kuew tiaw goreng dengan nescafe ais..Alhamdulillah kenyang...(tapi kene bebel kat BFF sebb perut xtahan2 sgt laparnya wawawaw)

ini bekpesnyer....


okey lah..nak sambung buat koje..

terima kasih membaca...hehehhee


Assalamualaikum...


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..cikbee dah lama tinggal celoteh ni..bukan ape..cikbee skg sibuk je dengan kerja dengan anak lagi.amni semakin membesar..dah semakin laju dah die merangkak..sekarang nk berdiri tanpa pautan..haih..kita bukan main bimbang die akan terjatuh terbalik tertungging..dah lah bile terbalik tu raungan die masyaALLAH Kuatnya.haih..tapi seronok bile balik dr keje penat2..nampak die dtg kt kita dengan semyumab n nak kita dukung die..hilang segala masalah dengan dunia luar..syukur ALhamdulillah dengan kurniaan ini..semoga dikekalkan kurniaan ini hingga ke syurga..aamin...

Monday, July 7, 2014

throwback -Selamat Berkenalan dengan Puteri Cikbee-







Assalamualaikum..


Nama Saya Siti Nur Amni Naurah Bt Muhammad Nasrullah. Saya Lahir Pada 12 December 2013. Sekarang Saya Berumur 4bulan 4 Hari. Kawan2 Semua Boleh Panggil Saya AMNI.

Amni Sekarang Tinggal Dengan Mama Amni..Mama Amni Dah Keje.
Mama Terpaksa Tinggalkan Amni Dengan
Tok Ma Sebab Mama Kena Kerja Cari Duit Untuj Kami.
Papa? Papa Keje Jao Selalu Tinggalkan Mama Dengan Amni.Kadang Tu Amni Rindu Sgt2 Dekat Papa...Tp Amni Tak Boleh Cakap Lagi.Walau Ape Pun Amni Sangat Bahagia Sebb Mama Sentiasa Ade Dengan Amni....Amni Syg Mama Sangat2...

December 12, 2013 01:25:00pm
hospital besar kuala lumpur

Assalamualaikum..


Nama Saya Siti Nur Amni Naurah Bt Muhammad Nasrullah. Saya Lahir Pada 12 December 2013. Sekarang Saya Berumur 4bulan 4 Hari. Kawan2 Semua Boleh Panggil Saya AMNI.

Amni Sekarang Tinggal Dengan Mama Amni..Mama Amni Dah Keje.
Mama Terpaksa Tinggalkan Amni Dengan
Tok Ma Sebab Mama Kena Kerja Cari Duit Untuj Kami.
Papa? Papa Keje Jao Selalu Tinggalkan Mama Dengan Amni.Kadang Tu Amni Rindu Sgt2 Dekat Papa...Tp Amni Tak Boleh Cakap Lagi.Walau Ape Pun Amni Sangat Bahagia Sebb Mama Sentiasa Ade Dengan Amni....Amni Syg Mama Sangat2...

December 12, 2013 01:25:00pm
hospital besar kuala lumpur

Kenapa???

Assalamualaikum..

Kenapa??

okeh, itu entry cikbee hari ni,,bukan apa..cikbee sekarang rasa serabut sangat..sampaikan tak dapat nak buat kerja langsung. Entah Kenapa??? ada sesiapa boleh beritahu cikbee tak?

hurmm sebenarnya hati cikbee berbelah bagi. antara tanggungjawab, masa depan, hati dan perasaan. sungguh cikbee rasa sangat2 serabut dengan apa yang dah berlaku. walaupun selama ni cikbee cube bertahan, bertahan dan bertahan demi menjaga hati orang2 sekeliling cikbee sehinggakan hati cikbee sdr sentiasa dan setiap saat terluka.

cikbee penah cube untuk melupakan apa yang terjadi , namun cikbee hanyalah manusia biasa yang tak pernah sempurna langsung. sikit pun tak pernah sempurna. berapa banyak peluang yang harus cikbee bagi pun cikbee xtahu..setiap tahu beri peluang terakhir,...tapi xpernah nk hargai..sentiasa menyakitkan hati cikbee.. yang selalu ditanya, ada pernah ke kau jaga perasaan aku bile kau buat aku?xde pernah kan ? nak aku je yang jaga hati kau. perangai bodoh tk sudah.... memang die sdr pun tak pernah terfikir dengan apa yang die buat die jaga hati cikbee ke?sikit pun tak pernah..kata igt cikbee ape semua tapi sikit pun die tak pernah jaga hati aku!!

kalau boleh cikbee tak nak pun marah2 dalam bulan yang baik ni..cikbee nk kumpul pahala...nak lebihkan pahala,,,tak nak sikitpun tambah dosa yang sedia ada banyak..tapi segala apa yang berlaku buatkan cikbee dah tajk dapat bertahan lagi..hanya pada Allah saja tempat cikbee mengadu sekarang. cikbee pun tak nak raya tahu ni jadi seperti raya tahun lepas. nama je beraya bersama, tpi hatinya bersama dengan orang lain.

cikbee harap, lepas ini cikbee akn lebih tenang dan tak kan buatkan hati cikbee terluka lagi..semoga hati cikbee jadi lebih keras daripada hati seorang lelaki. gara2 hati cikbee yang selalu retak disebbkan oleh seorang lelaki yang tak pernah hargai cikbee...

semoga bahagia menjadi milik cikbee. InshaaAllah, mudahan Allah meredhainya,,,Amin...InshaaAllah..

TERASA NAK BERHOLIDAY

ASSALAMUALAIKUM,

Hai, korang, hehehe..mesti korang rasa pelikkan dengan tajuk entri cikbee..huhuhu..iyelaa bukan apa..tetibe je rasa nk berHOLIDAY. cikbee kawen, mana ada haneymoon dengan encik suami, sebb encik suami keje OFFSHORE..bile encik suami cuti, AMNI naurah pulak bermastautin dalam perut cikbee..hehehe.ayat xley blah..dan sekrang Amni dah 4bulan boleh kot bawak Amni bercuti..Mama dan Amni berHOLIDAY..wou sangat best..hihihi

Friday, May 9, 2014

HARI NI PUNYER CERITA

ASSALAMUALAIKUM...salam jumaat semua,,


hahaha.. (dan2 gelak tetiba kan?) bukan apa cikbee teringatkan urusan kami pada waktu rehat..hihihi..setelah sekian lama kami tak buat kerja ni..ya ampun..hari ni tetibe ade yang mengajaknya..

kami punya ketua adalah Ziela die yang buat suggestion ni..ape lagi yang lain2 sume setuju,, kelab HARUM MALAM hahahahahaa.... si Ziela ni bagi cadangan kami semua terus setuju. so tepat kul12.30 kami pun mulakan operasi...hehehe...kat AMPANG PARK je pun...xjao..tapi peluh jugak ketiaknya..hahaa....

kami berlima CIKBEE, KAK NIZA, ZIELA (ketua), KEISYA dan KAK DILLA..kami pun apa lagi dengan semangatnya pergi..hahaha...excited terlebih, awal pulak datang. tempat tu bukaknya kul1ptg..hahahaha..lawak laa korang...kihkihkih..so kami turun semula mencari makan.hehe..McD jer...tapau.. dan bergerak semula ke tempat tadi..register dan terus laa berlangsungnya kerja kami..hahahha....

*********klunya***************

ni bukan DISKO okey...jangan pk bukan2....no no no...


dan ini kami..kami memang suke bergamba..bukan apa..dah lama dah bergamba..huhuhuhuhuhua..





gamba dorang lagi 3org xdpt Upload..kang cikbee UPLOAD xcukup kaki tangan nak lari nak kayuh kene kejor dengan deme,..okey laa yerk sini jer dulu..hehehhee

NOTE : korang, maaf yerk...gamba korang yang tak ada dalam gamba ni bukan xnk upload tp xde amik n takut xdibenarkan..gamba kak niza ni xpe..da biasa buat tanpa izin...hahahhahahaha.

okey..SEKIAN..


GELARAN MAMA

ASSALAMUALAIKUM..

HI korang semua.... cikbee sekarang dah jadi MAMA kepada seorang Baby Gurl Bernama AMNI NAURAH. Amni dah pun 4bulan. Alhamdulillah syukur sihat walafiat. cikbee dah lama tinggalkan dunia blog ni sebabnya cikbee lupa pasword..adeshh..macam2 kan.,,itulah banyak sangat nak fikirkan sampai lupa, tapi sekarang cikbee dah boleh ingat dah pun......

okey, jum sambung...cikbee mendapat gelaran mama sejak cikbee tahu yang cikbee mengandung.

cikbee kahwin pada tarikh 12 April 2013.. cikbee kahwin jugak dengan bakal suami cikbee..Jodoh..heeh..Alhamdulillah.. dan cikbee lahirkan Amni pada 12 December 2013 bertempat di Hospital Kuala Lumpur, tepat Jam 01:25PM secara pembedahan.

Cikbee terpaksa dibedah kerana kedudukan Amni..kata Mat salleh "BABY BREECH"...memang rasa lah kepala Amni duk kt atas. tapi ALhamdulillah..Amni selamat dilahirkan dengan berat 2.65kg.. dan sekarang berat dah cecah 7kg.. okey xsabr nak tgok Amni yerk,,

taraaaa....ini Mama dan Amni

dan kat bawah ni pulak 

PAPA AMNI a.k.a Suami Cikbee


sekian, terima kasih kerana membaca,...hehehheeh

JOM SHOPPING DENGAN MYON9SHOP

ASSALAMUALAIKUM..

Hai semua..sekarang Cikbee nak promote jualan dr MYON9SHOP. Barang2 sini semuanya murah2..
    Kalau korang semua nak tahu apa yang murah2 sangat tu sila klik sini MYON9SHOP. Selamat bershopping semua!!

SHAKLEE DAN KEISTIMEWAAN SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM.

SEBELOM APA-APA, JOM KITA KENALI SHAKLEE DAN APA KEISTIMEWAAN SHAKLEE NI UNTUK KITA SEMUA.
OKEY KAWAN-KAWAN..SAMA-SAMA KITA TAMBAHKAN PENGETAHUAN DENGAN MEMBACA KEISTIMEWAAN SHAKLEE

 
SHAKLEE & KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Falsafah Produk ShakleeSelama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

 
SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang "Volatile"
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui 'Landmark Study 2007' yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

 

PENGEDAR SAH SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM…

            Untuk sekian kalinya Cikbee menggodek blog untuk memperkenalkan barang dan produk2 (cewah macam banyak je nak menjual) yang terbaik dan HALAL.
Cikbee adalah pengedar sah SHAKLEE (id:1133837). Walaupaun Cikbee baru bermula pertengahan bulan April 2014, tapi cikbee berusaha untuk menjadi seperti SIFU Cikbee, KAK MISS yang banyak membantu dan memberi kata-kata semangat untuk Cikbee lebih berusaha.
            Maaf ye Kak Miss, saya masih dibawah dan masih baru. Saya akan cube sedara upaya untuk menjadi seperti Kak Miss dan sifu-sifu lain. InshaaAllah!! saya akan belajar dan terus belajar sampai bila2.
            Untuk bulan April lepas (biarpun baru sehari masuk bulan 5 kan..hehehe), walaupun pembelian produk Shaklee tak sampai seribu tapi Cikbee tetap juga dapat Bonus daripada SHAKLEE. Itu buatkan Cikbee lebih bersemangat nak teruskan usaha dengan SHAKLEE.
            Cikbee harap bulan May ni, akan bertambah usaha cikbee. Kepada sifu2 sekalian sila bagi sokongan pada cikbee ye. Tolong sentiasa Berikan tunjuk ajar  dan kejutkan cikbee jika cikbee terlelap. Permintaan cikbee memang tinggi tapi cikbee perlukan sokonga dari semua untuk cikbee terus tegak berdiri dalam bisnes ini..yeay!!! InshaAllah..



Yeay!!! Celotehcikbee dah boleh ACTIVE semula!!!! Syukur!!!!

Assalamualaikum..

Hai semua!! Syukur Alhamdulillah. Celoteh ini dah kembali aktif. Bukan apa..cikbee lupa paswrd dan malam tadi cikbee bermimpi paswrd tu..dan pagi ni cikbee cuba dan akhirnya YAHOOOOOOOOOOO mail dah boleh sign in!! yeayyyyyyyy..... sangat2 bersyukur..akhirnya cikbee akan kembali aktif!!!